Zain Saidin Dilantik Jadi Model Hot Perfume

zain saidin model hot perfume

Pelakon Zain Saidin telah dilantik menjadi model bagi produk minyak wangi Hot Perfume. Zain berkata tawaran menjadi model produk ini sebagai rezeki anaknya yang bakal dilahirkan.

Ujar Zain, dia suka akan bau-bauan dan produk Hot Perfume ini merupakan produk Malaysia. Ia juga sebagai tanda sokongannya terhadap produk tempatan.

Zain ditawarkan untuk menjadi model Hot Perfume enam bulan yang lalu dan dia tidak mengambil masa yang lama untuk menerima tawaran tersebut.

“Selain itu, saya perasan sejak akhir-akhir ini juga rezeki saya untuk menjadi duta beberapa produk pun semakin menggalakan dan saya tidak menolak tawaran yang datang – dipetik dari murai.com.my

Sementara itu, Tuan Syeikh Ahmad Shazali Zahidi yang merupakan pengarah syarikat Hot Perfumes dan Air Freshners Industries Sdn Bhd berkata,  Zain dipilih kerana mempunyai aura dan ramai peminat dikalangan Melayu dan bukan Melayu memandangkan mereka mensasarkan lebih ramai pengguna bukan muslim menggunakan produk ini.

Antara produk Hot Perfumes seperti minyak wangi lelaki dan perempuan, penyegar udara dan pewangi kereta – sumber murai.com.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments