2015 – Tahun Bertuah Bagi Pekin Ibrahim

Pekin Ibrahim
Pekin Ibrahim bakal muncul dalam sembilan buah filem bermula hujung tahun ini sehingga tahun 2015.

Antara filem tersebut termasuklah Juvana, Rumah Pusaka Di Simpang Jalan, Rentas, Keindahan Hidup, Pphilia dan Villa Nabila.

Beliau tidak menyangka meskipun kelahiran pendatang baru membanjiri industri seni tempatan, namun rezeki masih berpihak padanya.

Alhamdulillah, saya masih mendapat tempat dalam bidang lakonan sehingga hari ini.

Walaupun semakin banyak projek diterima, namun saya masih belum berpuas hati dengan tahap lakonan saya.

Beliau telah berkecimpung dalam dunia lakonan selama 10 tahun, kini pelakon Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya Mohd. Iznan Ibrahim sudah mula berjinak-jinak dalam bidang penerbitan.

Menerusi syarikat yang baru ditubuhkannya iaitu Eleven Field Sdn. Bhd., dia lebih memberi tumpuan kepada penerbitan filem berskala kecil atau filem indie.

“Sehingga kini syarikat saya sudah menerbitkan sebanyak dua buah filem iaitu Ophilia dan Coverina. Kedua-dua filem tersebut akan ditayangkan di pawagam pada tahun hadapan.

Sekiranya kedua-dua filem itu mendapat sambutan, saya akan lebih aktif menerbitkan filem. Saya mempunyai sasaran untuk menerbitkan lima filem setahun, tetapi semuanya bergantung kepada keadaan”

Beliau bakal muncul di pentas teater Disember ini menerusi teater Mat Deris Kola Pilah bersama Nam Ron.

Beliau juga bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Rumah Pusaka Di Simpang Jalan yang akan ditayangkan pada 1 Januari 2015.

Dalam filem arahan Mamat Khalid ini, beliau diberi tanggungjawab untuk memegang dua watak iaitu Datuk Sir Merah Setongkol dan Rashid serta berlakon bersama beberapa pelakon lain seperti Jihan Muse, Syuk Balas dan Bell Ngasri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments