6 Selebriti Malaysia Kumpul 1 juta Pengikut di Instagram

Instagram Selebriti Malaysia
Selepas Nora Danish dan Zizan Razak mengumpul 1 juta pengikut di Instagram, beberapa selebriti lain turut mengikuti jejak yang sama.

Antaranya Lisa Surihani, Emma Maembong dan Scha Alyahya yang berjaya mengumpul 1 juta peminat di laman bergambar popular itu.

Semalam Datuk Siti Nurhaliza pula mengikuti jejak yang sama.

Beliau telah memuat naik gambar mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pengikutnya kerana sudi menyokong dan mengikuti perkembangannya di situ.

“Semoga ikatan terbina ini akan terus bercambah dengan baik serta bermanfaat dan memberi kebaikan kepada semua”

Sementara itu, Scha Alyahya turut menitipkan ucapan terima kasih kepada pengikutnya di laman Instagram.

“Saya mahu memanjangkan kesyukuran ini kepada semua yang berada bersama saya selama ini.

Semoga kamu semua dirahmati dan dilindungi serta saling sayang dan menghormati antara satu sama lain. Saya hargai sokongan berterusan anda”

Sumber : Bharian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments