AIM 21: Zizan Razak dan Faizal Ismail Jadi Pengacara

Zizan Razak Faizal Ismail
Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21) bakal menggandingkan Zizan Razak dan Faizal Ismail (FBI) sebagai pengacara. Manakala hos bagi ‘Karpet Glamor AIM 21’, Hanif Hamzah (JoHaRa Pagi Era) dan Dahlia Shazwan (pengacara HLive!).

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria & Maya HD, Raqim Ahmad,

Pemilihan Zizan dan FBI dibuat selepas melihat keserasian mereka semasa mengacara Akademi Fantasia 2014 (#AF2014) baru-baru ini.

“Kami pilih Zizan dan FBI kerana mereka mempunyai ‘chemistry’ yang baik semasa #AF2014.

Kami mengharapkan gandingan dua pengacara berpengalaman ini dapat menceriakan dan memeriahkan lagi majlis itu nanti”

FBI memberitahu dia selesa bekerja dengan Zizan sejak pertama kali digandingkan di pentas #AF2014.

Antara artis yang bakal memeriahkan malam AIM 21 ialah SonaOne & Joe Flizzow, Sleeq, Hazama, Dayang Nurfaizah, Haleeda, Ayai Ilusi dan Akim Ahmad.

AIM 21 yang akan disiarkan secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 6 Disember depan menampilkan Adibah Noor, Aliff Aziz, Alyah, Amar Baharin, Awi Rafael, Amira Rosli dan beberapa selebriti popular lain sebagai penyampai anugerah.

Majlis berprestij bertemakan ‘Lagu Kita Menawan Jiwa, AIM 2014, Meraikan Kemuncak Segalanya’ akan disiarkan serentak di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135) bermula jam 9 hingga 11.30 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments