Akaun Instagram Palsu Anak Che Ta & Zain Saidin

Aaishah Dhia Rana - Anak Che Ta & Zain Saidin
Sejak Aaishah Dhia Rana dilahirkan, puteri sulung pasangan pelakon Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin terus menjadi perhatian sehingga wujud beberapa akaun Instagram (IG) menggunakan nama @AishahDhiaRana.

Menurut pengurus Che Ta, Afiq Abdul Wahab,

Aaishah Dhia Rana tidak pernah mempunyai akaun IG peribadi mahupun fanclub dan telah mengesahkan kesemua akaun yang ada di laman sosial tersebut sekarang adalah palsu.

“Che Ta dan Zain tidak pernah mendaftar akaun IG anak mereka. Mereka lebih selesa berkongsi foto anak mereka itu menerusi akaun IG masing-masing.

Malah, mereka hanya menggunakan hashtag #aaishahdhiarana pada kesemua foto yang dimuat naik”

Pihak mereka sudah maklum mengenai kewujudan akaun palsu tersebut. Setakat ini Che Ta dan Zain tidak ada sebarang rancangan untuk membuka akaun IG untuk anak mereka, Aaishah Dhia Rana.

Sumber : Astro Gempak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments