Altimet – Penyanyi Rap Yang Sebenar Adalah……

Altimet
Altimet menganggap seorang penyanyi rap sejati akan menjadi diri sendiri dan mampu menulis lirik tanpa menyanyikan karya yang ditulis oleh orang lain.

Ssemua lirik yang dilontarkan oleh penyanyi rap adalah melalui hati dan mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadi mereka.

“Pada saya penyanyi rap yang sebenar adalah yang menulis sendiri lirik tersebut dan bukan menyanyikan lirik yang dibuat oleh penulis lirik lain.

Penyanyi rap perlu menjadi diri sendiri dan berkarya melalui hati dan kehidupan seharian yang kita lalui”

Beliau mengulas pertanyaan tentang kemunculan penyanyi-penyanyi rap baharu dalam industri muzik tempatan dengan menyanyikan lagu ciptaan komposer dan penulis lirik lain.

Menurut beliau, tiada sebarang program realiti yang mampu melahirkan seseorang penyanyi rap.

Kradibiliti seorang penyanyi rap itu boleh diragui sama ada mereka benar-benar menyanyi daripada jiwa atau sekadar mencuba nasib untuk berada dalam industri seni.

“Kita lihat Joe Flizzow dalam program Mentor dahulu pun tidak mengambil protegenya untuk menjadi seorang penyanyi rap kerana dia tahu ia tidak boleh dicari melalui program realiti seperti itu.

Kita dapat kenal siapa yang benar-benar penyanyi rap atau yang sekadar suka-suka sahaja”

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments