Animasi Upin & Ipin Ingin Tembusi Pasaran Jepun

Upin & Ipin dan Ultraman Ribut
Les’ Copaque Production akan menerbitkan episod khas dalam Siri Animasi Upin & Ipin Musim ke-8 yang akan menampilkan watak “Ultraman Ribut”.

Episod khas ini bakal ditayangkan di TV9 pada 14,15 dan 16 November 2014 jam 5.30 petang.

Penampilan khas Ultraman didalam Siri Animasi Upin Ipin ini, adalah hasil dari kerjasama antara syarikat Les’ Copaque Production dengan Tsuburaya Productions dari Jepun.

Kerjasama ini amat bersejarah kerana ia merupakan kali pertama pihak Tsuburaya Productions membenarkan pengunaan harta intelek mereka “Ultraman” untuk di animasikan oleh mana-mana studio animasi dan juga pertama kali syarikat Les’ Copaque Production mengadakan kerjasama dengan mana-mana syarikat animasi baik dalam atau pun luar negera.

Animasi Upin & Ipin telah menjadi pilihan mereka kerana watak kembar ini bagitu popular hingga menjadi suatu fenomena bukan saja di dalam negara malah di seluruh Asia Tenggara negara sehingga pihak Tsuburaya Production berminat untuk untuk membuat penjenamaan bersama.

Kerjasama ini merupakan percaturan pertama oleh pihak Les’ Copaque Production bagi menembusi pasaran Jepun.

Ultraman Ribut dan dua raksasa perosak Bumi iaitu Raksasa Halilintar dan Raksasa Kilat direka khas oleh pihak Tsuburaya Productions dengan kerjasama Les’ Copaque Production untuk Siri Animasi Upin & Ipin.

Maka, kemunculan pertama kalinya hanya dapat disaksikan dalam episod khas ini.

Sinopsis Upin & Ipin dan Ultraman Ribut

Upin, Ipin dan Ultraman Ribut

Upin & Ipin dan Ultraman Ribut mengisahkan Upin & Ipin serta kawan-kawan menjadi ahli penyelamat Bumi yang memastikan bumi sentiasa bersih dan aman.

Namun, akibat pencemaran yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti pembakaran hutan dan pencemaran sungai menyebabkan kemunculan Raksasa Kilat. Ini mengakibatkan huru-hara terjadi di Bumi.

Adakah Upin & Ipin serta kawan-kawan dapat mengalahkan raksasa ini dan mengembalikan keamanan dan kesejahteraan Bumi?

Di manakah Ultraman Ribut?

Sumber : Shakiddo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments