ASK2014 – Puteri Balqis Cipta Sejarah

Puteri Balqis Anugerah Skrin 2014
Puteri Balqis telah mencipta sejarah dalam industri seni tanah air apabila dinobat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014), sekaligus menewaskan nama besar lain seperti Normah Damanhuri, Nad Zainal dan Melly Amelin.

“Ini merupakan kali kedua saya tercalon dalam kategori ini, kali pertama tahun lalu. Tapi tak sangka saya akan menang tahun ini.

Saya memang rasa gembira, teruja dan terkejut dengan kemenangan ini. Saya nak ucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, mama Eirma Fatima yang banyak memberi saya tunjuk ajar untuk menghayati watak ini.

Apa pun saya berlakon bukan kerana nak menang anugerah, tetapi berlakon kerana mahu penonton fahami dengan lakonan saya”

Walaupun drama terbitan Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd ini berdasarkan kisah hidupnya, namun ia tetap mencabar baginya untuk menjayakan watak tersebut.

Sebelum ini, aktres cilik ini juga pernah merangkul anugerah Artis Harapan Pantene di ASK 16 (2012) menerusi drama “Pelarian”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments