Astro Lancar 10 Saluran Baru HD

Astro telah melancarkan 10 saluran baharu termasuk lapan dalam definisi tinggi (HD) yang akan mula bersiaran 16 November ini.

Dalam masa yang sama, Astro turut melancarkan Astro Plus, sebuah platform yang menawarkan filem dan program televisyen dari Hollywood menerusi perkhidmatan Video On Demand.

Saluran Baru Astro HD

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, Astro akan terus melakukan inovasi dalam membawakan yang terbaik kepada pelanggannya.

ni termasuk membawakan kandungan terkini dari luar menerusi pelbagai platform termasuk PVR, HD dan Astro on the Go.

Astro turut melancarkan dua pakej baharu, Fans Pack pada harga RM99 sebulan dan Astro Super Pack Plus dengan RM178 sebulan.

Pelanggan HD sedia boleh menonton saluran HD dan definisi standard (SD) baru secara percuma bermula 16 November sehingga hujung Februari 2015.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments