Bidadari Contemporary Milik Anak Perempuan Datuk Rosyam Nor

Nur Anis Anak Perempuan Datuk Rosyam Nor
Sempena Fiesta Muslimah BH 2014 yang berlangsung pada 23 November.

Nur Anis Mohd Noor, anak kedua Datuk Rosyam Nor akan membuka gerai jualan produk berimej muslimah miliknya yang diusahakan di bawah jenama, Bidadari Contemporary.

Ini sebagai tanda sokongan beliau terhadap ayahnya – pelakon, pengarah, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor yang hadir berkongsi pengalaman serta ilmu perniagaannya menerusi slot Tips Memburu Kejayaan di Fiesta Muslimah BH 2014.

Festival ini berlangsung di Zebra Square, Kuala Lumpur.

Bidadari Contemporary baru saja berusia sembilan bulan, justeru adanya pendedahan menerusi festival sebegini, secara tidak langsung membantu mempromosikan produknya yang merangkumi tudung dan aksesori.

Gembira apabila anaknya perlahan-lahan berkecimpung dalam dunia perniagaan, Rosyam menyatakan idea berniaga dalam talian itu sudah lama diutarakan olehnya tetapi baru tahun ini direalisasikan.

“Sebenarnya, idea itu timbul lima lalu tahun di mana saya menyuruh anak sulung saya, tetapi disebabkan dia berkahwin, jadi dia tidak dapat memberi komitmen.

Mujur Anis berminat, jadi dia ambil peluang ini sebab saya memang menggalakkan anak-anak saya berniaga. Tambah lagi, bila kita bercakap pasal islamik, tak kira dari penganjuran program hinggalah ke fesyen, semuanya disambut positif.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments