BoBoiBoy Akan Difilemkan Pada 2015

BoBoiBoy Animonsta Studio Filem
Menurut pemilik Animonsta Studio, Mohd. Nizam Abdul Razak, mereka dalam proses untuk menghasilkan BoBoiBoy The Movie: Sfera Kuasa yang dijangka akan menemui penonton pada November 2015.

BoBoiBoy kini mempunyai populariti yang tinggi terutama di Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Vietnam. Mulai 2015, BoBoiBoy akan mula memasuki pasaran Asia Tengah dan akan ditayangkan pada 44 buah negara secara keseluruhannya.

“Buat masa ini, BoBoiBoy merupakan produk animasi utama Animonsta Studio. Pelbagai produki yang berkaitan dengan BoBoiBoy sedang dihasilkan termasuk BoBoiBoy The Movie, penjenamaan semula BoBoiBoy Galaxy, siri mini 2D BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy Game,”

Selain itu, Animonsta Studio sedang berusaha untuk menghasilkan Stoppy, animasi pra sekolah, Problom animasi gelagat pendek dan Ola Amato satu lagi animasi berkonsepkan superhero yang akan dihasilkan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Malah, kerjasama dengan syarikat permainan terkemuka, Tomy turut merancakkan lagi penghasilan animasi yang mana Tomy akan menghasilkan permainan daripada animasi yang dihasilkan Animonsta Studio terutama Stoppy dan BoBoiBoy Galaxy.

“Daripada satu produk animasi iaitu BoBoiBoy, Animonsta akan berkembang lagi untuk menghasilkan lebih banyak animasi baharu seperti Stoppy dengan kerjasama syarikat permainan global Tomy, Problom pula dengan kerjasama Youtube dan Ola Amato. MDeC sentiasa memberikan kerjasama dan khidmat nasihat bagi Animonsta melangkah lebih jauh,” katanya.

Dengan kepercayaan daripada syarikat gergasi seperti Disney Channel, Middle-East Broadcasting Group (MBC), Media Prima, MNC Group dan Tomy International membuatkan kami terus yakin untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan dikenali di pasaran antarabangsa,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments