Dato’ Ac Mizal Selebriti Tajaan Jenama Shure

Dato’ Ac Mizal Selebriti Tajaan Jenama Shure (2)
Concept Audio mengumumkan bahawa Dato’ Ac Mizal adalah merupakan artis Malaysia yang berjaya dikitirafkan sebagai artis tajaan di bawah naungan program sokongan artis Shure.

Ianya lebih dikenali sebagai “brand artist endorser” yang telah diangkat didalam senarai hebat keluarga artis sokongan Shure yang bertaraf antarabangsa seperti Maroon 5, One Republic, Mariah Carey, Fun, Imagine Dragons, Aerosmith dan banyak lagi nama-nama besar industri muzik antarabangsa.

Mereka amat berbangga kerana berjaya mendapatkan sokongan penuh oleh jawatankuasa Perhubungan artis Shure terhadap penerimaan calon artis berpotensi tinggi sebagai penyokong jenama ataupun “endorser” pilihan kami yang namanya tidak asing dalam pembabitan industri muzik dan persembahan tempatan kita di Malaysia.

Maka adalah menjadi tanggungjawab Syarikat Concept Audio untuk memberikan sokongan yang terbaik kepada Dato’ Ac Mizal dalam meningkatkan mutu persembahan muziknya ketika menyampaikan suara Shure yang berkualiti premium tanpa kompromi di atas pentas dunia. Hasrat kami hanyalah untuk membolehkan persembahan Dato’ Ac akan terlihat memberi inspirasi kepada penonton.

Dato’ Ac Mizal Selebriti Tajaan Jenama Shure (1)

Shure dengan kerjasama Concept Audio berharap dapat memulakan projek kreatif Perhubungan Artis kami untuk memberikan inspirasi berkesan kepada generasi baharu para pemuzik dan peminat muzik di Malaysia dengan menjadikan Dato’ Ac idola mereka untuk menceburi bidang persembahan yang sungguh versatil/“versatile”.

Majlis pengiktirafan disempurnakan oleh wakil dari Shure Asia Limited, Encik Eric Ong dan Pengarah Syarikat Concept Audio, Encik Andy Tan Jit Hooi dalam acara unik menandatangani poster sulung hubungan artis yang direka khas buat Dato’ Ac Mizal sebagai rasmi menjadi artis endorser Shure bagi tujuan promosi dan hebahan pengumuman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments