Didi Astillah Tampil Dengan Album Pertama

Didi Astillah
Didi Astillah kini tampil lebih segar dan matang dengan album yang berjiwa muda yang bertajuk “Didi Astillah”.

Album “Didi Astillah” ini melibatkan komposer dan penulis lirik terkenal tanah air iaitu L.Y dan juga komposer dari negara seberang iaitu Posan yang juga bertanggungjawab atas lagu ‘Sayang’ nyanyian Shae.

Kolaborasi antara dua komposer hebat ini telah menghasilkan lagu-lagu bertemakan cinta dengan pelbagai mood, lantas menjadikan “Didi Astillah” sebagai sebuah album penuh warna-warni dengan kisah percintaan.

Album ini bukan sahaja ditulis didalam Bahasa Melayu tetapi terdapat juga sebuah lagu yang dikarang di dalam Bahasa Inggeris iaitu ‘I Love You So’ yang ditulis oleh LY dan lirik oleh Baiduri.

6 buah lagu telah diputuskan untuk berada di dalam album ini dimana 3 buah lagu telah dicipta oleh L.Y dan 3 lagi hasil ciptaan Posan.

Lagu- lagu yang dimuatkan di dalam album “Didi Astillah” adalah:

  1. Pujaan Hatiku
  2. La la la, Aku Jatuh Cinta
  3. Fikirkan Kamu
  4. BFFku
  5. Stop Mencintaiku
  6. I Love You So

Single pertama Didi juga telah dipetik dari album “Didi Astillah” yang bertajuk ‘Fikirkan Kamu’, sebuah lagu rancak yang berentak pop dance.

‘Fikirkan Kamu’ merupakan sebuah lagu berkisar tentang perilaku kekasih yang curang terhadapnya. Hasil nukilan Posan yang dilengkapi dengan alunan suara Didi Astillah ini tentunya menjadikan ‘Fikirkan Kamu’ sebagai karya yang mampu menaikkan nama Didi ke persada yang lebih besar.

Sesuai sebagai single pertama daripada album ini, Didi bagaikan dilahirkan semula menerusi album yang dinamakan “Didi Astillah”.

Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album sulung beliau bersama Warner Music ini mengetengahkan evolusi muzik pop dance, suatu idea yang segar yang boleh dijadikan santapan halwa telinga. Muzik video ‘Fikirkan Kamu’ juga sudah berada di YouTube dan telah mempunyai lebih dari 110 ribu tontonan.

Album “Didi Astillah” sudah boleh didapati di pasaran dengan harga RM23.90.

Selain daripada itu, album tersebut boleh didengari di iTunes, Deezer, Spotify, dan juga KKBox. Album “DIDI ASTILLAH” oleh Didi Astillah ini juga merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments