E! News Asia Special: Yuna

E! News Asia Special Yuna
Yuna akan muncul menerusi program E! News Asia Special: Yuna di Astro E! (Saluran 712) pada 25 November ini, jam 10 malam.

Menariknya, program selama 30 minit itu secara eksklusif membongkar dan mendedahkan rahsia tentang siapa sebenar gadis yang dikenali dengan jolokan ‘A poster girl for young hijabters’ itu.

Yuna sendiri mengakui beliau amat teruja mahu berkongsi fakta tentang dirinya dengan peminat.

“Saya akui seorang yang cukup berahsia terutama hal peribadi tetapi kali ini, saya sangat selesa dan teruja mahu berkongsi dengan peminat tentang siapa sebenarnya diri saya yang mereka tidak pernah tahu selama ini.

Ada banyak yang menarik dan istimewa yang saya dedahkan menerusi program ini antaranya berkongsi gambar sewaktu kecil dan mungkin tidak ramai yang tahu saya cukup rapat dengan keluarga, atuk, nenek, sepupu dan saudara mara.

Keluarga saya adalah paling utama dalam hidup dan saya mahu kongsikan pada umum mengenai dunia saya yang bukan saja sebagai seorang penghibur yang mereka kenali selama ini,”

Bagi mereka yang merupakan peminat Yuna dan ingin mengetahui rahsia beliau, jangan lupa untuk menyaksikan program E! News Asia Special: Yuna di Astro E! (Saluran 712) pada 25 November ini, jam 10 malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments