Elly Mazlein Kini Sah Bergelar Isteri

elly mazlein nikah

Dengan dua kali lafaz, penyanyi dan pelakon Elly Mazlein kini sah bergelar isteri kepada pengarah filem dan drama, Azmi Hatta.

Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dan pasangan dinikahkan oleh pada Elly, Syed Hanafi Syed Abdullah di Surai As Sakinah, Puchong dengan disaksikan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Taman Putra Perdana, Ahmad Baie Jaafar.

Majlis berlangsung kira-kira jam 11.54 pagi. Azmi memberikan tujuh dulang hantaran dan mas kahwin sebanyak RM300 manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang hantaran. Jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Azmi juga turut diiringi oleh 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi.

Sebaik selesai majlis akad nikah, Elly dan pasangan mengunjungi pusara arwah ibunya yang meninggal pada 11 Mei lalu.

Tahniah buat Elly dan pasangan. Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments