Ezad Exist Didakwa Miliki Syabu

Ezad Exist
Bekas vokalis utama kumpulan Exist, Ezad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang terhadap pertuduhan memiliki dadah jenis syabu.

Beliau didakwa memiliki satu paket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu anggaran berat 0.3 gram di kawasan Kompleks Selayang Mall, Selayang Utama pada 1.30 tengah hari 19 Nov 2014.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan Ezad diikat jamin RM2,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Dis untuk sebutan.

Jika dulu Mamat, sekarang Ezad pula… Erm…..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments