Farid Kamil Tidak Serik Lakukan Lagak Ngeri

Kaki Kitai Farid Kamil - Inspektor Farid
Jika sebelum ini Farid pernah cedera di bahagian tulang rusuk kiri ketika menjalani penggambaran filem Anak Jantan, terbaru Farid berkongsi dia juga turut mengalami kecederaan dalam filem terbarunya, ‘Kaki Kitai’ ketika melakukan penggambaran pada tahun lepas.

Bagaimanapun dia tetap tidak serik untuk melakukan aksi lagak ngeri ketika ditemui pada majlis tayangan media filem ‘Kaki Kitai’ di TGV Setia Walk, Puchong.

“Cabaran paling teruk adalah ketika melakukan babak jatuh dari tingkat 4. Persiapan awal tak dilakukan dengan baik dan pengiraan saya juga silap. Saya terhempap di bahagian belakang dan akibatnya, ia mendatangkan kecedaraan di bahagian belakang saya.

Saya tak boleh nak ‘bajet’ sebab saya jatuh dari bahagian belakang, kalau bahagian depan mungkin saya dapat kawal. Selepas jatuh, saya tak bernafas dalam lima saat dan memang susah nak tarik nafas.

Bukan tak serik tapi malang tak berbau. Memang saya ada cakap nak kurangkan aksi lagak ngeri, namun saya memang tak sangka benda itu akan berlaku.

Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan akan pastikan saya melihat dulu pakar buat sebelum saya sendiri melakukan aksi. Kalau selamat untuk lakukan, saya akan buat”

Farid memberitahu dia memegang watak sebagai Inspektor Farid dan pertama kali bergandingan dengan Shaheizy Sam dalam filem Kaki Kitai. Menurut Farid, walaupun jarang bekerjasama, namun mereka tidak ada masalah dalam mewujudkan keserasian ketika berlakon.

Selain Farid Kamil dan Shaheizy Sam, ‘Kaki Kitai’ turut dibintangi oleh Fezrul Khan, Adam Corrie, Emily Chan, Epy Kodiang, Along Eyzendy dan ramai lagi. Filem arahan Azaromi Ghazali ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 20 November 2014.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments