Filem Melayu Cabaran Buat Emily Chan

Kaki Kitai Farid Kamil Emily Chan
Emily Chan atau nama sebenarnya Chan Zi Ying sudah berlakon sejak 2009 menerusi pelbagai drama popular berbahasa Mandarin. Namun tidak pernah berpeluang untuk menceburi program berbahasa Malaysia.

Beliau yang juga peneraju dalam filem “Kaki Kitai” sebelum ini pernah membintangi filem Cina pertama di bawah naungan Metrowealth iaitu “Glorifying Love”.

“Sebelum ni Emily seorang aktres dalam drama tempatan Cina. Pada tahun 2012, MIG ada buat uji bakat untuk mencari aktres-aktres baru Melayu dan Cina. Masa tu Emily menyertai ujibakat tersebut dan filem “Kaki Kitai” ini merupakan filem kedua dibawah naungan MIG.

Cabaran utama dalam filem ini adalah bahasa Melayu kerana saya masih belajar untuk bertutur dengan fasih. Disamping itu juga saya membuat banyak latihan sebelum dan semasa penggambaran.”

Kaki Kitai Emily Chan
Emily Chan bersama penulis HyeBro! di majlis pratonton Filem Kaki Kitai di TGV Setia Walk, Puchong baru-baru ini.

Dia berharap kehadirannya dapat diterima ramai kerana baginya, bakat seni adalah bersifat terbuka dan tidak khusus buat satu kaum sahaja.

Emily Chan membawakan watak Mimi yakni tunang kepada Inspektor Farid (Farid Kamil) dalam “Kaki Kitai”. Filem ini juga merupakan filem aksi pertama yang dilakonkannya sepanjang bergelar anak seni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments