Finalist Akademi Fantasia 2014

Finalist Akademi Fantasia 2014Lima pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF2014) iaitu Nuha, Aman, Ewal, Firman dan Adel diumumkan layak ke pentas akhir AF2014 yang akan diadakan minggu hadapan.

Adel yang tersingkir pada konsert ketujuh telah diserap masuk oleh barisan guru fakulti AF2014 yang diketuai oleh pengetua Datuk Hattan untuk menyertai konsert akhir AF2014.

Harapan dan impian pelajar #AF2014 Azwan musnah apabila namanya diumumkan sebagai pelajar terakhir disingkir di konsert separuh akhir AF2014.

Walaupun sejak dari minggu pertama konsert bermula, kedudukan Azwan sering berada ditangga teratas dan tidak pernah digugat oleh mana-mana pelajar #AF2014,

Namun Azwan gagal ke peringkat akhir apabila dia menjadi mangsa penyingkiran setelah mendapat undian terendah.

Jangan lupa untuk mengundi pelajar #AF2014 kegemaran anda dengan menaip:

AFUNDI (NAMA SINGKATAN PELAJAR) ke 32777 atau AFUNDI10 (NAMA SINGKATAN PELAJAR) KE 32777.

#AF2014 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 135).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments