Firman Juara Akademi Fantasia 2014

 Firman Juara Akademi Fantasi 2014

Berakhir sudah Akademi Fantasia 2014 yang menobatkan Firman sebagai juara Akademi Fantasia 2014 ( AF 2014 ). Firman, 25 atau nama sebenarnya Mohd Firman Bansir dari Sabah telah membawa pulang sebuah kereta Toyota Vios, wang tunai RM50,000,  Percutian ke Jepun dan trofi.

Akademi Fantasi 2014 telah berlangsung di Auditarium Majlis Bandaraya Shah Alam ( MBSA )

Tempat kedua jatuh kepada Aman yang membawa pulang sebuah kereta Myvi, wang tunai RM30,000, percutian ke Jepun dan trofi. Tempat Ketiga pula dimenangi Ewal yang membawa pulang wang tunai RM20,000, percutian ke Jepun dan trofi.

Manakala tempat keempat dimenangi oleh Nuha yang membawa pulang RM15,000, percutian ke Jepun dan trofi begitu juga dengan Adel yang memenangi tempat kelima turut menerima wang tunai RM10,000 , percutian ke Jepun dan trofi kemenangan.

Foto : AkademiFantasia
Foto : AkademiFantasia

Hadiah disampaikan oleh pengetua Datuk Hattan. Selain itu, Nuha turut menerima anugerah khas wang tunai bernilai RM10,000 daripada D’Herbs sebagai pelajar yang banyak menunjukkan perubahan sepanjang 10 minggu bersama AF.

Persembahan Akademi Fantasi 2014 menampilkan juri tetap Ramli Ms dan Raja Azura manakala Amy Search sebagai pengkritik.

Pemenang telah diumumkan oleh pengacara Zizan Razak, Jihan dan Faizal Ismail. Turut memeriahkan persembahan dengan nyanyian Amy Search, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura, Bunkface dan Mas Idayu – kredit Mstar Online

 

.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments