Fizo Omar Kaku Kendalikan Pencetus Ummah 2

Fizo Omar Pencetus Ummah
Fizo Omar minta diberi ruang dan peluang dalam memperbaiki mutu persembahannya sebagai pengacara program realiti Pencetus Ummah musim kedua (PU2) yang baharu sahaja memasuki minggu pertama.

Dia terbuka dengan komen dan kritikan daripada penonton dan peminat yang merasakan kemunculannya mengendalikan PU2 agak kaku memandangkan ini adalah kali pertama dia mengacarakan program siaran langsung dengan kehadiran penonton.

“Saya ambil komen daripada penonton dan peminat sebagai ruang untuk saya perbaiki diri dan kelemahan dalam mengendalikan program tersebut.

“Insya-Allah kekurangan tersebut akan diperbetulkan dan berharap diberi masa untuk menyesuaikan diri kerana ia program pertama saya sebagai pengacara,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

PU2 disiarkan secara langsung pada setiap hari Khamis pada pukul 9 malam di saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).

Menurut Fizo Omar,

Dia kelihatan kaku berkemungkinan besar kerana masih cuba menyesuaikan diri dengan konsep program berkenaan yang berbentuk keagamaan disamping perlu berhati-hati dalam penyampaiannya agar tidak terkeluar daripada konsep asal.

Dia cuba menjadi dirinya sendiri dalam mengendalikan program tersebut dan cuba menampilkan kelainan dalam PU2.

“Mungkin itu antara penyebab mengapa saya kelihatan kaku tetapi saya cuba menjadi diri sendiri dalam membentuk identiti saya sebagai pengacara program berkenaan,”

Selain Fizo, PU2 turut dikendalikan oleh Ustaz Zulkefli Hamat.

Sumber : MStar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments