Gegar Vaganza Bakal Cetus Fenomena

Peserta Gegar Vaganza
Selepas Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) melabuhkan tirainya, program realiti terbaru Gegar Vaganza pula bakal mencetus fenomena dimana 12 penyanyi otai tanah air bersaing dan membuktikan kemampuan vokal masing-masing.

Program tersebut bakal berlangsung selama lapan minggu pada setiap Ahad, jam 9 malam bermula 16 November di saluran Astro Ria.

Pada minggu pertama yang bertemakan ‘Lagu Hit Peserta’ bakal menyaksikan kesemua 12 otai yang berentap menyanyikan lagu popular masing-masing.

Antara peserta yang akan beraksi dalam Gegar Vaganza:

  1. Mamat (Exist)
  2. Rahmat (Mega)
  3. Hasnol
  4. Fazli
  5. Zainal
  6. Sam (Innuendo)
  7. Ayai (Ilusi)
  8. Haleeda
  9. Shima
  10. Sharifah Zarina
  11. Ifa Raziah
  12. Adilla

Juara akan membawa pulang wang tunai RM100,000 manakala pemenang tempat kedua bakal memenangi RM30,000.

Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing menerima RM15,000 serta RM5,000. Setiap pemenang turut diberikan trofi.

Dua nama besar, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim dilantik sebagai juri tetap program berkenaan.

Selain itu, tiga juri jemputan iaitu Mamat Khalid, Salih Yaacob serta Nash Lefthanded akan membantu menjayakan program itu pada setiap minggu.

Program Gegar Vaganza juga bakal menyaksikan gabungan mantap dua pelawak popular iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments