Gegar Vaganza : Hasnol Peserta Pertama Tersingkir

Hasnol Gegar Vaganza
Hasnol peserta pertama meninggalkan pentas Gegar Vaganza pada minggu kedua, bertemakan ‘Idola’.

Pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan 10 peserta layak meneruskan persaingan ke minggu ketiga menjadikan dua peserta lagi iaitu Hasnol dan Sam Innuendo berada dikedudukan terendah.

Hasnol atau nama sebenarnya Hasnol Rahmat tenang selepas mengetahui dia peserta sulung disingkirkan juri.

“Nombor satu, malam ni saya demam. Nombor duanya saya batuk. Nombor tiganya selsema teruk.

Tapi Alhamdulillah semuanya lepas dan saya berterima kasih kepada pihak produksi Gegar Vaganza dan juga Astro serta kesemua juri.”

Hasnol telah memilih untuk menyanyikan lagu idolanya, Chakra Khan berjudul ‘Harus Terpisah’. Hasnol telah memberikan persembahan yang baik walaupun terganggu dengan masalah kesihatan.

Pada minggu hadapan, tinggal 11 peserta lagi akan terus bersaing untuk merebut gelaran juara.

Siapa peserta yang bakal mengikut jejak Hasnol? Saksikan Gegar Vaganza setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104), Astro Prima (saluran 105) dan Astro Mustika HD (saluran 134).

Sumber : Astro Awani

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments