Hanis Zalikha Muka Macam Nenek Kebayan

Hanis Zalikha
Pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mengaku bahawa wajahnya sebelum ini seperti nenek kebayan. Memang pengakuan berani mati dari seorang selebriti yang juga merupakan blogger terkenal.

Hanis baru-baru ini telah memuat naik sekeping foto perbandingan wajahnya dahulu dan sekarang di akaun peribadi Instagramnya.

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya termasuk penerbit program Raikan Cinta.

Hanis yang juga pengacara program Raikan Cinta telah memuat naik sekeping lagi foto dengan kapsyen yang mengandungi soalan dari penerbit rancangan tersebut. Menurut Hanis (menerusi kapsyen pada foto), dia telah menerima kiriman daripada penerbitnya yang bertanyakan tentang keaslian foto tersebut.

Hanis Zalikha Muka Macam Nenek Kebayan (2)

Hanis Zalikha Muka Macam Nenek Kebayan (1)

Dengan penuh bersahaja Hanis memberitahu kepada penerbit tersebut foto kirimannya asli dan mengaku dia kelihatan seperti nenek kebayan suatu ketika dahulu.

Tindakan Hanis itu dianggap ‘berani’ oleh pengikutnya kerana bukan semua selebriti sanggup memperlihatkan diri mereka yang ‘kurang cantik’ kepada khalayak.

Bicara Bro : Memang berbeza sangat muka dia dulu dan kini. Apakah rahsianya? Sumber : AstroGempak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments