Hubungan Adib Khalid Dengan Izara Aishah Terlalu Peribadi

Adib Khalid Dengan Izara Aishah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios iaitu Adib Khalid memberitahu kisah hubungannya dengan aktres Izara Aishah terlalu peribadi untuk dikongsi.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kenyataan yang dibuat oleh aktres berkenaan iaitu mereka sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Kenyataan yang Izara Aishah beri kepada media sebelum ini adalah benar dan kami memang saling mengenali.

Cukuplah dia sahaja yang beri kenyataan bagi pihak saya kerana ia terlalu peribadi untuk diceritakan.

Dalam pada itu Adib menetapkan tempoh masa antara tiga hingga empat tahun untuk memberi fokus kepada kerjayanya sebelum memikirkan soal berumah tangga.

Buat masa ini dia terlalu sibuk untuk mengatur perancangan syarikat yang baru diterajuinya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments