Hubungan Yuna Dengan Julian Schratter Berakhir

Yuna Julian Schratter
Yunalis Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna mengakui hubungan percintaannya dengan jurugambar dan pengarah Inggeris, Julian Schratter telah pun berakhir.

“Sekarang saya solo. Solo dan rasanya tidak bersedia dengan hubungan. Saya penat rasanya. Saya ada banyak perkara yang perlu dilakukan dalam masa yang sama. Rasanya agak susah untuk beri komitmen dengan sesebuah hubungan kerana saya seorang yang sangat sibuk dengan kerja.

Lagipun saya tahu, sukar untuk orang lain memahami kerja seperti saya. Saya mempunyai kehidupan di Los Angeles dan di Malaysia.

Jika mahu bercinta kembali, saya perlu mencari seseorang yang betul-betul boleh menerima dan memahami saya. Mungkin dia (Julian) kurang sesuai,”

Sebelum ini hubungan Yuna dan Julian menjadi tanda tanya selepas penyanyi berusia 28 tahun ini kerap memuat naik foto mereka bersama menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Malah Schratter pernah mengikut penyanyi ini ke Kuala Lumpur dan kampung halamannya di Perak sekitar November tahun lalu serta tampil dalam video muzik Yuna berjudul “I Wanna Go”.

Hye Bro! : Yeahhh masih ada can buat jejaka Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments