Iqram Dinzly Nikah Gantung?

Iqram Dinzly Nikah Gantung
Iqram Dinzly telah mengejutkan ramai pihak apabila dia memuat naik beberapa keping foto pernikahannya dengan seorang gadis.

Menerusi foto yang dikongsi di akaun Instagramnya itu, ada beberapa hashtag (#) yang digunakan bersama kapsyen yang ditulis Iqram.

“Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz. #aamiiiin *maafkandakuatasrahsiaini,jangan jadikaniadendamsemalamitu. #married #nikahgantung #miracle”.

Foto tersebut menunjukkan tangan Iqram sedang dicium oleh seorang wanita di hadapan sebuah pelamin.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 4 ribu likes, 184 komen (ketika artikel ini ditulis) serta ucapan tahniah daripada pengikut Iqram yang kebanyakannya terkejut dengan berita pernikahan tersebut.

Majlis Perkahwinan Iqram Dinzly

Bagaimanapun, dua jam selepas itu Iqram memuat naik sekeping lagi foto dia dan ‘isteri’ bersama ibu dan bapa mertua serta ‘iparnya’.

Pada foto tersebut Iqram telah meletakkan kapsyen “Bergambar kenangan dengan mentua & ipar , selepas sah #dendamsemalam #azalea”.

Akhirnya debaran para peminat terjawab apabila melihat pada (#) digunakan Iqram dan selepas diamati dengan teliti, wanita bertuah yang ‘dikahwininya’ itu ialah pendatang baru Adibah Yunus, mertuanya pelakon Kuza dan Esma Daniel manakala iparnya pula Azwan Kombos.

Rupanya-rupanya foto tersebut merupakan salah satu adegan dalam drama berjudul ‘Dendam Semalam’ yang akan ditayangkan di slot Azalea, TV3.

Lu bikin gempak beb…!! Ramai peminat mu terkena #HyeBro!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments