Izzara Aishah Mengaku Bercinta Dengan Adib Khalid

Izara Aishah
Izzara Aishah mengakui dia dan anak tiri Dato’ Siti Nurhaliza, Adib Khalid kini sedang bercinta.

Menurut Izzara dia dan Adib masing-masing faham dengan status hubungan mereka, jadi mereka tidak pernah membincangkan atau mengiktiraf status hubungan mereka secara rasmi.

“Memang benar saya dan Adib Khalid berpasangan. Memandangkan kami berdua sudah dewasa jadi tidak wujud istilah ‘official’ dan sebagainya. Ianya seperti kami sendiri faham mengenai hal hubungan kami ini.

Istimewanya Adib adalah kerana dia merupakan seorang yang ‘full of surprises’. Malah dia juga seorang yang berbeza daripada apa yang saya dengar. Saya merasakan saya lebih mengenali Adib sekarang berbanding ketika berkawan dahulu”

Bagi Adib Khalid pula, Hubungan beliau Dengan Izara Aishah Terlalu Peribadi untuk dikongsikan.

Adib Khalid Dengan Izara Aishah

Tidak dinafikan hubungan cinta antara pelakon, Izara Aishah dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza itu bukan lagi rahsia.

Malah pasangan sejoli ini juga sering memuat naik gambar satu sama lain di akaun sosial milik mereka.

Menurut Izara,

Mereka berdua masih dalam tempoh mengenali hati budi dan belum memikirkan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya. Buat masa ini mereka enggan melibatkan hal keluarga kerana hubungan mereka masih berada dalam peringkat awal lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments