Keputusan Penuh Anugerah Festival Filem Malaysia Ke 26

kredit foto : rotikaya
kredit foto : rotikaya

Baru-baru ini telah berlangsungnya Anugerah  Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26 ) di Seremban.

Tahniah buat selebriti yang telah berjaya memenangi anugerah tersebut. Antaranya Lisa Surihani yang berjaya membawa anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Istanbul Aku Datang. Rusdi Ramlee pula mendapat anugerah Pelakon Lelaki  Terbaik menerusi filem Tanda Putera.

Anugerah Filem Terbaik pula jatuh kepada filem KIL yang diarahkan oleh Nik Amir Mustapha. Nik Amir juga turut mendapat trofi Pengarah Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Pelakon Cristina Suzanne pula berjaya mendapat anugerah Pelakon Harapan Wanita.

Berikut senarai pemenang FFM 26 :

kredit foto : rotikaya
kredit foto : rotikaya

Filem Terbaik:

KIL

Filem Bukan Melayu Terbaik:

Paper Moon (Double Vision/Astro Shaw/Passion Entertainment)

Pengarah Filem Terbaik:

Nik Amir Mustapha (KIL)

Cerita Asal Terbaik:

Mamat Khalid (Rock Oo)

Lakon Layar Terbaik:

Nik Amir Mustapha (KIL)

Sinematografi Terbaik:

Raja Mukhriz (Penanggal)

Penyunting Terbaik:

Syamsul Yusof/ Hisham Jupri (KL Gangster 2)

Filem Box Office:

Mon & Jin Pakai Toncit

Anugerah Kesan Khas Terbaik:

Tanda Putera ( Pesona Pictures)

Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki:

Datuk Rahim Razali

Anugerah Khas Juri :

Tanda Putera

Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Wanita:

Datuk Rosnani Jamil

Pelakon Lelaki Terbaik:

Rusdi Ramli (Tanda Putera)

Pelakon Wanita Terbaik:

Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik:

Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik:

Umie Aida (Sembunyi : Amukan Azazil)

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik:

Zul Ariffin (Penanggal)

Pelakon Harapan Wanita Terbaik:

Cristina Suzanne (KIL)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments