Konsert Amal Imran Ajmain Kutip Dana Masjid

konsert amal imran ajmain

Buat para peminat Imran Ajmain yang menanti kemunculannya, kini penyanyi tersebut akan melancarkan sebuah album bertajuk Setulus Kasih yang mana ia merupakan album ketiga darinya.

Album ini mendapat kerjasama daripada Masjid An-Nur di Singapura. Kerjasama dengan masjid tersebut dilihat dapat membantu mempromosikan dan memberi kesedaran kepada masyarakat yang mana masjid boleh dijadikan tempat untuk melakukan aktiviti bermanfaat selain program keagamaan.

Sempena dengan kerjasama ini, Imran akan menyampaikan sebuah lagu popular dan lagu barunya selama 90 minit. Persembahan akan diadakan di Masiling Community Club di Singapura pada 15 November 2014.

Tiket berharga S$30 dan CD Setulus Kasih akan diberi. Yang menariknya, keuntungan akan diberikan kepada tabung masjid tersebut untuk tujuan pentadbiran dan juga baik pulih. – kredit Media Hiburan

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments