MLM214 : Juri Maharaja Lawak Mega 2014

Juri Maharaja Lawak Mega 2014 - Fazura, Jalaaluddin Hasssan, Taufik Batisah dan Farah Quinn
Akhirnya barisan juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) terjawab pada hari pertama gelanggang MLM 2014 membuka tirainya.

Jika sebelum ini nama pelakon Nur Fazura pernah disebut-sebut sebagai juri MLM 2014, nampaknya dakwaan tersebut benar apabila dia telah diperkenalkan sebagai juri tetap selepas pelakon versatile Dato’ Jalaluddin Hassan.

Dua lagi juri yang terlibat dalam MLM 2014 ialah penyanyi popular dari Singapura, Taufik Batisah dan Farah Quinn seorang chef selebriti Indonesia.

Mereka mengakui tugas sebagai pengkritik bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Selain itu mereka turut berpuas hati dengan persembahan para peserta pada minggu pertama ini dan memuji idea kereatif para pelawak dalam menghasilkan lawak yang lebih segar dan bertenaga.

Dalam pada itu Jalaluddin Hassan, Farah Quinn, Taufik Batisan dan Fazura turut mengingatkan para peserta supaya tidak lalai dan berusaha dengan lebih gigih jika mahu mara ke peringkat seterusnya.

Persembahan para peserta dinilai berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan menerusi elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, kreativiti dan bakat serta kemahiran lakonan daripada perspektif pandangan mata sendiri.

Masih menggunakan format yang sama seperti MLM edisi sebelum ini iaitu 70 peratus menerusi undian para peminat dan 30 peratus permarkahan daripada pihak juri profesional.

Maharajala Lawak Mega 2014 bersiaran secara langsung dari Dewan Teater Selangor, Shah Alam pada setiap Jumaat bermula 14 November, jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (135).

Layari www.maharajalawamega.com.my untuk mendapatkan info terkini program Maharaja Lawak Mega 2014!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments