Muka Cari Makan Juara Liga Lawak Superstar Musim Ke-2

Muka Cari Makan Juara Liga Lawak Superstar
Kumpulan Muka Cari Makan yang dianggotai Naz Rahman, Pian Kepoh dan Uncle Jo dinobatkan sebagai juara Rancangan Liga Lawak Superstar musim ke-2 sekaligus membawa pulang ganjaran bernilai RM200,000 beserta trofi.

Kumpulan Melodrama yang diterajui Zulin Aziz, Izu Kepoh dan Ain pula hanya mampu menyandang gelaran naib juara. Manakala Kami Tuan Rumah (Zoey Rahman, Achok Mmmmm dan Mirul) berada di tempat ketiga dan Jiwa Kiut (Aepul Drama Band, Chiwan Mmmmm dan Syafiq Rahim) sekadar berada di tempat keempat.

Selain trofi masing-masing membawa pulang RM100,000, RM50,000 dan RM25,000.

Pentas Akhir Liga Lawak Superstar juga dimeriahkan dengan persembahan Azlan (The Typewriter) dan selingan nyanyian lirik spontan daripada dua pengacaranya, Afdlin Shauki dan Adibah Noor. Lirik yang mengusik status Adibah yang masih membujang ternyata mencuit hati para penonton.

Erma Fatima dan Khir Rahman selaku juri tetap menyifatkan lawak Muka Cari Makan yang disampaikan dari hati dan jujur antara yang membezakan kumpulan itu dengan kumpulan lawak yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments