Nabil Perjuangkan Stand Up Comedy

Nabil Ahmad Maharaja Lawak Mega 2014
Nabil Ahmad harus memperjuangkan lawak secara solo dalam Maharaja Lawak Mega 2014 kerana mahu membezakan dirinya dengan pelawak sedia ada.

Malah, dia sendiri mengakui kekurangan pelawak yang menyampaikan konsep jenaka stand up comedy antara faktor dia meneruskan konsep tersebut.

“Di negara luar, stand up comedy sentiasa mendapat tempat di hati penonton. Meskipun persembahan hanya dilakukan di kelab-kelab, restoran dan tempat-tempat kecil namun ia mendapat tepukan gemuruh.

Di sini pun sama, cuma hanya segelintir yang menerima penuh konsep lawak ini,” katanya.

Ada yang kata saya ambil jalan mudah sebab melakukan lawak sedemikian.

Sebaliknya, stand up comedy lebih sukar kerana saya bertindak sendirian. Saya tiada kawan lain untuk membantu dan idea, konsep perlu difikirkan saya sendiri.”

Walaupun ada yang menyifatkan persembahan stand up komedi agak malas, namun ia tidak pernah mematahkan semangatnya. Tegasnya meneruskan penyertaan dalam MLM 2014 kerana minat bukan populariti semata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments