Nora Danish Bijak Tangani Kutukan Peminat

Nora Danish Bijak Tangani Kutukan Peminat
Apa saja yang dilakukan oleh Nora Danish, baik soal karier mahupun kehidupan peribadi pasti menjadi bualan.

Bahkan sejak 10 tahun berada dalam industri seni, sudah pelbagai onak ranjau yang dilalui sehingga membuatkan dia kebal dengan segala kutukan dan penghinaan.

“Selama 10 tahun, memang dah banyak yang saya lalui. Kalau dulu orang lebih suka kutuk di dalam blog, tapi kini dengan kecanggihan teknologi, kalau orang nak kutuk, memang terus kepada saya.

Lima tahun lalu, saya mungkin cepat tertekan kutukan dari orang luar. Tapi kini saya anggap kutukan itu satu gurauan sahaja.

Bukan senang saya nak tangani 1.3 juta pengikut. Jadi kalau terlalu negatif sangat, saya terus sekat mereka jadi pengikut saya”

Justeru tatkala ditebak mengenai kutukan pihak lain terhadap hubungan mesra Nora bersama bekas keluarga mertuanya, setelah ada pihak menganggap Nora masih terhegeh-hegeh dengan ibu serta bapa Jejai (Toh Muda Rizal Ashram Ramli), Nora punya jawapan tersendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments