Norman Dan Memey Jual Pakaian Jenama Sendiri

Norman Hakim Memey Suhaiza
Pasangan suami isteri, Norman Hakim dan Memey Suhaiza kini mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan fesyen apabila mereka kini mula menjual pakaian jenama sendiri.

Mereka dikatakan akan menjual pakaian lelaki Danish @ Norman dan koleksi pakaian wanita jenama Maya Delaila by Memey Suhaiza.

“Selepas beberapa kali diundang menjadi model pakaian, terdetik dalam hati kenapa tidak saya membuka perniagaan daripada asyik menggayakan pakaian orang lain.

Lagipun sejak tampil berhijab, saya dapati sukar untuk mencari pakaian yang sesuai dengan imej diri. Sebagai selebriti, saya mempunyai kelebihan untuk menarik pelanggan kerana sudah ada pengikut di laman sosial Instagram.

Jadi, sejak beberapa bulan lalu saya mula mengusahakan perniagaan secara perlahan-lahan. Bukat setakat menjual, saya turut mencarik fabrik dan mereka sendiri busana.”

Mereka juga akan membuka sebuah butik bagi memudahkan pelanggan datang dan melihat sendiri produk mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments