Nuha Gugup Di Konsert Akhir #AF2014

Nuha Akademi Fantasia 2014
Pengetua Akademi Fantasia 2014 Dato’ Hattan mengakui Nuha terlalu gugup di atas pentas sehingga hilang fokus dan terlupa lirik semasa membawakan lagu ‘Beribu Sesalan’.

Dia sendiri tidak menyangka perkara itu akan terjadi kepada Nuha memandangkan pelajar itu tidak mengalami sebarang masalah semasa sesi raptai.

“Saya pun titak sangka yang Nuha akan terlupa lirik sebab sewaktu sesi raptai bersama dengan saya dan krew produksi yang lain dia dengan yakin untuk menyanyikan lagu itu dan tidak mengalami apa-apa masalah.

Bagaimanapun nasib tidak berpihak kepada Nuha, dia terlupa lirik juga.

Apa-apa pun saya tetap berpuas hati dengan persembahannya dan terharu dengan sokongan penonton yang sama-sama menyanyikan lagu itu”

Lagu tersebut bukanlah lagu yang mudah kerana ia dinyanyikan oelh tiga orang penyanyi yang berbeza namun dia tetap berbangga kerana Nuha mampu menyampaikan lagu tersebut.

“Nuha nyanyi seorang diri dengan caranya sendiri, lagipun Nuha masih lagi ‘mentah’ untuk mengawal keadaan itu. Inshaa Allah, saya rasa Nuha boleh berjaya dalam industri.

Apa pun saya tetap berbangga dengan Nuha kerana dia mampu untuk meneruskan persembahnnya walaupun mengalami kesukaran.”

Bro sendiri nampaj Nuha agak gugup pada malam persembahan konsert akhir. Vokal dia tidak mengecewakan. Tetapi disebakan beliau lupa lirik, maka ternampak jelas kecacatan. Kecuali jika ada penyanyi bakcup ada sebagai penyanyi latar.

Bagaimanapun kami di Hye Bro! berharap perjalanan Nuha tidak terhenti disini.

All da best..!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments