Pencarian Wajah Ashtons Top Model

Pencarian Wajah Ashtons Top Model
Anda berbakat di dalam bidang modeling, solekan dan rekaan fesyen?

Ini berita baik buat anda yang mana Dani Astons Collection akan mengadakan pencarian Ashtons Top Model 2014/2015. Pertandingan yang julung-julung kalinya dianjurkan oleh Dani Ashtons ini akan diadakan pada 14-16 November bertempat di The Everley Hotel Putrajaya bermula jam 9.00 pagi.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat baru dan mencari mereka yang berbakat dan berminat bagi mengetengahkan lagi kebolehan dalam diri secara profesional.

Menerusi pertandingan yang diadakan, pemenang utamanya berpeluang menjadi duta dan ikon kepada jenama Dani Ashtons Collection. Dan pastinya, ia juga menjadi platform buat mereka kelak untuk beraksi di pentas yang lebih besar.

Pentas akhir yang akan berlangsung pada 22 November akan datang menyaksikan 12 finalis berentap merebut sembilan kategori yang dipertandingkan.

Pemenang kategori Grand Winner dan Winner masing-masing akan ditawarkan kontrak selama setahun di bawah agensi Dani Ashtons Talent.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments