Pencetus Ummah Musim Kedua Bermula

Pencetus Ummah Musim Kedua
Program dakwah yang menambat hati jutaan penonton, kali ini lebih mencabar dan lebih sengit. Siapakah yang bakal menyerlah musim ini?

Malam ini bermulalah mimbar Pencetus Ummah musim kedua (PU 2) dengan menampilkan 10 pendakwah kreatif yang bakal mengupas beberapa isu menarik untuk dikongsikan kepada para penonton.

Kesemua pendakwah kreatif yang terdiri daripada PU Amir, PU Yusof, PU Azihal, PU Azman, PU Nasri, PU Johani, PU Lokman, PU Faiz, PU Suhaimi dan PU Azraei yang akan menyampaikan tazkirah masing-masing di hadapan penonton.

10 Peserta Pencetus Ummah Musim Kedua

Antara topik yang bakal dibincangkan di mimbar PU 2 pada malam ini ialah ‘Sabar’, ‘Sangka Baik’, ‘Prihatin’, ‘Harapan’, dan ‘Maaf’.

Mampukah kesemua barisan PU pada musim ini menyampaikan dakwah mereka kepada masyarakat di luar sana?

Adakah cara penyampaian mereka akan ‘terkesan’ kepada para penonton? Jangan lupa saksikan PU 2 setiap minggu bermula malam ini, jam 9 malam menerusi saluran Astro Oasis (106) serta tayangan serentak di Maya HD (135).

PU 2 turut menampilkan Ustaz Haslin Baharim, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan Fauziah Nawi sebagai Murabbi atau fasilitator.

Sumber : Astro Gempak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments