Penganugerahan Geran Dana Krishen Jit – Astro 2014

Dana Krishen Jit - Astro 2014
Astro dengan kerjasama Five Arts Centre terus menyokong perkembangan penggiat seni tempatan dengan penganugerahan geran Dana Krishen Jit – Astro 2014.

Diilhamkan oleh hasil karya nukilan seni dari Krishen Jit, dana ini telah mula diperkenalkan pada tahun 2006 untuk merealisasikan impian seni dan kreativiti para penggiat seni tempatan yang berkelayakan.

Dana tersebut telah digunakan untuk pelbagai sesi latihan, bengkel, lampiran atau residensi, penerbitan eksperimental, penulisan, atau penghasilan karya baru dalam bidang muzik, tarian, teater, penulisan, seni visual atau persembahan.

Seni persembahan teater Krishen Jit yang hebat telah menyatukan lingkungan bidang yang berbeza, lantas menghasilkan projek yang kaya dengan kepelbagaian disiplin, budaya, bahasa dan eksperimental.

Kepelbagaian hasil nukilan Krishen daripada fakta akademik ke amalan adat, tradisi dan budaya pop kontemporari, Hollywood atau Bollywood, arus perdana mahupun ‘indie’, ternyata beliau sentiasa menerapkan identiti Malaysia yang semakin berkembang di dalam setiap karyanya di samping menggalakkan para penggiat seni, penonton serta pembaca mengaitkan setiap kisah dengan kehidupan mereka dan juga masyarakat sekeliling.

Adegan seni yang mantap dan maju menghidupkan jiwa bangsa serta memberikan perwatakan unik. Astro terus meraikan kreativiti dan seni dengan Dana Krishen Jit – Astro dan mengharapkan lebih banyak hasil karya artistik yang kreatif oleh rakyat Malaysia direalisasikan dengan penganugerahan geran untuk tahun 2014.

Panel pemilihan untuk Dana Krishen Jit – Astro 2014 adalah:-

  • Dato’ Norliza Rofli – Pengarah, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan, Kementerian Informasi, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia
  • Jolyn Gasper – Penolong Naib Presiden Kanan, Tanggungjawab Korporat, Tanggungjawab Korporat, Hal Ehwal Komuniti, ASTRO
  • Leow Puay Tin – Ketua Jabatan Persembahan dan Media, Sunway University.
  • Ravi Navaratnam – Wakil dari Five Arts Centre
  • Mac Chan – Wakil dari Five Arts Centre

Pada tahun 2014, Dana Krishen Jit – Astro menerima 33 permohonan untuk penghasilan projek yang merangkumi tarian, teater, filem, dokumentasi video, penerbitan, seni visual, muzik, animasi, pendidikan dan karya pelbagai bidang.

Sejumlah RM36,500 akan diagihkan kepada empat penerima geran. Dana ini ditadbir dan diuruskan oleh Five Arts Centre.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments