Persaingan Mentor Legend Bermula

Mentor Legend
Seramai dua belas peserta terbaik diumum bakal bersaing di pentas Mentor Legend yang bakal bermula pada Ahad, 16 November, pukul 9 malam di TV3.

Peserta-peserta tersebut dipilih melalui ujibakat yang dilakukan oleh enam mentor yang terdiri daripada Dayang Nurfaizah, Ajai, Mas Idayu, Ella, Zainal Abidin dan Amy Search.

Dua belas peserta tersebut ialah Azmil & Sandra (Dayang Nurfaizah), Fahmi & Mal Imran (Ajai), Paan & Daus (Mas Idayu), Aina & Putera (Ella), Wada & Nadeera (Zainal Abidin), Sarah & Amy (Amy Search).

Pemilihan itu diumumkan pada showcase Mentor Lagend yang diadakan di One City Mall semalam.

Program Mentor Legend bakal dihoskan oleh pengacara Awal Ashaari, manakala Zuan Azmi dan Shiha Mentor bertindak sebagai pengacara bersama dan Jurnal Mentor Legend.

Mentor Legend masih mengekalkan format pemarkahan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS, dan 20 peratus daripada juri awam.

Program ini bakal bersiaran dengan tayangan perjalanan sesi ujibakat pada 16 November, pukul 9 malam di TV3.

Manakala, pentas pertandingan akan bermula pada 30 November yang akan bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments