Akhirnya Sam yang merupakan vokalis kumpulan Bunkface mengesahkan dia kini sudah bertunang dengan gadis bernama Aida Azira Hussin yang juga merupakan seorang penerbit rancangan di TV3.
Sam dan Aida Azira mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober yang lalu.
Majlis yang diadakan di Masjid Tanah, Melaka dibuat secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Ujar Sam, dia mengenali Aida Azira sejak 4 tahun yang lalu dan mereka masih mencari tarikh untuk melangsungkan perkahwinan.

Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments