Sekuel Baru The Hunger Games Mockingjay – Part 1

mockingjay part 1

Tentu ramai yang tak sabar menanti sekuel terbaru filem The Hunger Games, Mockingjay-Part 1. Filem ini menampilkan pelakon utamanya iaitu Jenniver Lawrence.

Ia merupakan filem arahan Francis Lawrence dan merupakan sebuah karya yang diadaptasi dari ciptaan Suzanne Collins.

Masih juga mengekalkan pelakon seperti Liam Hemsworth, Josh Hutcherson, Elizabeth Bank, Woody Harrelson dan Donald Sutherland.

Mockingjay-Part 1 mengisahkan peperangan antara Katniss dan Presiden Snow. Katniss berusaha menentang kekejaman yang dilakukan Presiden Snow dan sekutunya.

Mockingjay merupakan simbol burung yang merujuk kepada Katniss. Katniss berkebolehan dalam memanah dengan baik. Katniss telah dilarikan oleh Quarter Quell, sekumpulan pemberontak Dristik 13. Katniss bekerjasama dengan Quarter Quell bagi menjatuhkan kuasa kapitalis yang dilakukan oleh Presiden Snow.

Capitol pula sangat benci pada Katniss dan akan membunuh sesiapa yang menyokong Katniss. Kekasih katniss, Peeta Mellark pula berjaya ditangkap dan menjadi tawanan Presiden Snow.

Apakah yang akn berlaku seterusnya? Berjayakan Katniss menumpaskan kuasa jahat Presiden Snow? Bagaimana pula dengan Capitol? Dan berjayakan Peeta Mellark diselamatkan?

Hyebro pun rasa tak sabar nak tahu kesudahan filem ini. Buat anda peminat The Hunger Games, jangan lepaskan peluang menyaksikan sekuel Mockingjay-Part 1 di pawagan nanti. Selamat menonton.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments