Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2014

Maharaja Lawak Mega 2014 Peserta

Perebutan tempat dalam gelanggang ‘kerusi panas’ Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) dengan menyaksikan lima kumpulan layak bertanding di pentas MLM 2014 bermula minggu hadapan.

Selepas tamatnta persembahan di minggu kedua gelanggang ‘kerusi panas’, pengacara MLM 2014 Dato’ AC Mizal mengumumkan lima kumpulan terbaik untuk bertanding ke peringkat seterusnya.

Lima kumpulan tersebut ialah Ekzos dan Samurai yang bersaing di kerusi panas minggu pertama, sementara Wala, Zero dan Shake peserta kerusi panas minggu kedua menjadi piilhan juri profesional.

Dengan ini, secara rasminya gelanggang MLM 2014 telah dibuka dengan menyaksikan 15 peserta akan bersaing merebut gelaran juara musim ini.

Mampu atau tidak kelima-lima peserta ini menggugat kedudukan 10 peserta ‘fast lane’ yang sedang selesa di kedudukan mereka sekarang?

Di bawah, Astro Gempak senaraikan 15 barisan pelawak yang bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,000:

  1. Sepahtu
  2. Shiro
  3. Bocey
  4. Virus
  5. Nabil
  6. Comey
  7. Jalor
  8. Sayot
  9. Kepoh
  10. SYJ
  11. Ekzos
  12. Samurai
  13. Wala
  14. Zero
  15. Shake

Jangan lupa saksikan Maharaja Lawak Mega 2014 bermula 14 November 2014 bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustikd HD (134) dan Astro on-the-go.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments