Shila Amzah Terima Anugerah Ikon Wanita Muda 2014

Shila Amzah Terima Anugerah Ikon Wanita Muda 2014

Sempena dengan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, penyanyi terkenal Shila Amzah telah dianugerahkan sebagai ‘Ikon Wanita Muda 2014’.

Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menerima anugerah tersebut dengan diwakili bapanya, Datuk Amir Amzah Salleh.

Anugerah telah disampaikan oleh Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Puteri Umno.

Shila tidak dapat hadir ke majlis penyampaian tersebut kerana sedang berada di Beijing, China untuk rakaman rancangan muzikal di sana.

Bagaimanapun, Shila menerusi video pendek memberi ucapan dan rasa syukurnya diatas anugerah yang diberikan itu.

Selain Shila, atlet wanita berbasikal, Fatehah Mustapha juga turut menerima anugerah tersebut.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments