Showcase GUAkustika 2014

Showcase GUAkustika 2014
Portal GUA.com.my sekali lagi mempersembahkan showcase GUAkustika 2014 pada Ahad, 23 November 2014. Berlangsung di Rasta Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.

GUAkustika 2014 menampilkan kelainan apabila beberapa bakat baru diberi peluang beraksi di pentas yang sama dengan penyanyi-penyanyi arus perdana seperti Najwa Latif, IamNeeta, Encik Mimpi, Tasha Manshahar, Syed Syamim, Gerhana Ska Cinta dan Persis.

Bakat baru yang terdiri daripada kumpulan Happy Siblings, Safwan Ramlan dan Muhammad Danial Mahamud ini dipilih menerusi satu ujibakat yang dijalankan pada 8 November lalu setelah mereka menyertai kempen ‘Road To GUAKUSTIKA 2014’ yang diadakan secara online baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Dato’ Zainul Ariffin berkata,

GUAkustika tahun ini menampilkan kelainan bagi mencari bakat baru untuk memeriahkan industri muzik tanahair sekali gus memberi pendedahan dan peluang kepada mereka untuk berkongsi pentas dengan pemuzik yang sudah cukup dikenali di Malaysia.

“Terdapat banyak bakat terpendam di kalangan anak muda masa kini, namun ramai antara mereka yang masih tercari-cari platform untuk mencipta nama dalam industri muzik. Sebagai sebuah portal hiburan, GUA membuka ruang untuk mereka mempamerkan bakat mereka.

Showcase GUAkustika ini diharap dapat menyumbang kepada perkembangan industri hiburan tempatan dan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang sekiranya mendapat sambutan daripada penggiat muzik tempatan baik yang berpengalaman mahupun amatur,”

Showcase GUAkustika 2014 - Encik Mimpi
Persembahan dari Encik Mimpi

GUAkustika 2014 diadakan sempena menyambut ulangtahun ke-7 portal GUA.

Sebelum ini, GUAkustika pernah dianjurkan pada tahun 2011 dan 2012, bagaimanapun ketika itu ia hanya menampilkan penyanyi sensasi Youtube seperti Najwa Latif, Daiyan Trisha, IamNeeta, Tasha Manshahar & Syed Syamim, Deanna Hussin dan The Alif.

Ikuti portal GUA menerusi www.gua.com.my dan berhubung di media sosial Facebook, Twitter dan Instagram (@GUAMalaysia) untuk perkembangan hiburan terkini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments