Sinopsis Drama Abadi Lakonan Zulhuzaimy

Zulhuzaimy dalam drama abadi

Sebuah lagi drama menarik akan menemui penonton bertajuk “Abadi” yang akan mula bersiaran pada 25 November, di slot Citra TV2 pada jam 10.00 malam.

Menampilkan pelakon Zulhuzaimy, Sherry Ibrahim, Leez, Fauziah Nawi. Khatty Azian dan ramai lagi.

Abadi mengisahkan tentang Abadi dan Puteri, pelajar sekolah menengah yang sama namun memiliki prinsip hidup yang berbeza.

Puteri anak seorang usahawan, dia tidak suka menjalinkan hubungan cinta dan bergiat aktif dalam sukan di sekolahnya. Puteri juga merupakan ketua di Redaksi Majalah Sekolah. Abadi pula terpaksa berhenti dari aktif bersukan kerana penyakit yang dihadapinya.

Selain fokus pada pelajarannya, Abadi juga turut membuat kerja sambilan untuk membantu Mak Jah, ibunya yang buta. Walapun begitu, Abadi merupakan pelajar yang cemerlang dalam pelajarannya.

Semasa di sekolah, Puteri telah tercedera ketika sesi latihan hoki di padang dan Abadi cuba membantu tetapi Puteri memarahinya. Selepas peristiwa itu, mereka mula bermusuhan.

Puteri kemudian ditugaskan menemubual Abadi untuk Sidang Redaksi Majalah. Bagaimanapun Abadi tidak mahu memberi kerjasama.

Puteri kemudian telah dilucutkan jawatan sebagai Kapten Pasukan Hoki kerana keputusan peperiksaannya dalam pelajaran Matematik yang kurang memuaskan. Akibatnya, Puteri dikehendaki menjaani kelas pemulihan yang dikendalikan Abadi.

Namun Puteri sengaja tidak hadir ke kelas tersebut sehingga Abadi tidak mahu lagi meneruskan kelas tersebut.

Puteri sekali lagi terpaksa berdepan dengan Abadi. Mereka akhirnya membuat perjanjian untuk saling mebantu. Puteri juga kena melupakan hoki demi pelajarannya

Kerakraban mereka telah menyebabkan Elyana cemburu. Elyana menghasut ibu Puteri sehingga menyebabkan Abadi dan Mak Jah diserang. Ibu puteri telah menghina mereka.

Akhirnya penyakit barah otak yang dihadapi Abadi telah diketahui Puteri. Abadi yang tidak mahu membuat pembedahan akhirnya bersetuju selepas Puteri berjanji sekiranya Abadi membuat pembedahan, dia akan mengambil peperiksaan SPM dan menyertai perlawanan akhir hoki.

Abadi kemudian telah dibedah dan dalam masa yang sama, Puteri sedang mengambil peperiksaan. Abadi koma. Sewaktu mengambil keputusan peperikasaan, Abadi telah tersedar dan Puteri segera berlari menuju ke rumah Abadi. Namun begitu, segalanya menjadi suram apabila Abadi telah pergi buat selamanya.  – kredit Budiey.com

Jangan lupa saksikan drama menarik ini pada 25 November ini hanya di TV2. Selamat menonton

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments