Sinopsis Filem Interstellar Lakonan Matthew McConaughey

filem interstellar

Sebuah filem menarik menemui penonton bertajuk Interstellar yang diarahkan oleh Christopher Nolan.

Menampilkan pelakon hebat seperti Matthew McConaughey, Anne Hathaway, Michael Caine dan Matt Damon.

Filem Interstellar berkisahkan tentang kehidupan di bumi pada masa akan datang. Penduduk terpaksa berdepan dengan masalah kekurangan bekalan makanan. Cooper seorang bekas juruterbang mengusahakan ladangnya untuk dijadikan sumber makanan walapun keadaan cuaca yang tidak menentu.

Manakala anaknya, Murph memberitahu kepadanya bahawa biliknya berhantu kerana buku-buku di raknya sering berselerak tanpa mengetahui siapa yang melakukannya.

Sehinggalah berlaku kejadian ribut pasir dan hantu yang dikatakan ada di bilik Murph meninggalkan tanda yang memberikan koordinat buat Cooper dn Murph. Koordinat tersebut merupakan lokasi rahsia Nasa ketika Nasa menghantar beberapa saintis ke angkasa bagi mencari penempatan baru manusia.

Cooper kemudian meninggalkan bumi bersama saintis lain termasuk Dr Amelia setelah dipujuk oleh Profesor Brand untuk mecari penempatan baru.

Murph pula tidak bersetuju dengan tindakan ayahnya itu kerana dia telah mengetahui punca buku di raknya berselerak. – kredit Sinar Harian

Anda pasti teruja untuk menyaksikan filem ini, pastinya tak sabar untuk mengetahui punca kenapa buku tersebut berselerak dan dapatkah Cooper mencari penempatan baru di planet lain?

Jangan lupa saksikan kesudahan filem ini hanya di pawagam berdekatan anda. 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments