Siri Animasi Wakfu Di Saluran Ceria Anda ntv7

siri animasi wukfu

Sebuah siri animasi terbitan produksi Perancis bakal ditayangkan pada 22 November ini jam 12.30 tengahari di saluran Ceria Anda, ntv7.

Siri animasi bertajuk “ Wakfu” merupakan adaptasi daripada sebuah permainan video  yang dicipta oleh Ankama Games.

Wakfu mengisahkan Yugo, anak yatim yang sedang berusaha mencari identiti dirinya yang sebenar. Yugo juga merupakan anak angkat Alibert, penjaga rumah penginapan. Yugo memiliki kuasa dimana Yugo boleh berada di suatu tempat dalam sekelip mata saja.

Yugo juga mempunyai beberapa lagi kebolehan seperti bergerak dengan kelajuan tinggi. Sepanjang pengembaraan, Yugo ditemani seekor burung bernama Tofu.

Selain Tofu, rakan karib Yugo turut menemainya yang bernama Percedal. Percedal seorang pahlawan muda yang memiliki sifat yang lucu dan suka bertindak melulu. Seorang lagi rakan bernama  Amalia. Amilia memiliki kebolehan berkomunikasi dengan tumbuh-tumbuhan dan mengawal mereka.

Evangelyne pula adalah kakak angkat dan pengawal peribadi Amalia sentiasa ada memberi bantuan sekiranya ada perkara yang berlaku kepada Amalia. Sahabat lama ayah angkat Yugo, Ruel turut membantu dalam pengembaraan mencari identiti Yugo.

Sepanjang pengembaraan, banyak kejadian dan perkara luar biasa mereka hadapi. Mereka juga berdepan dengan beberapa musuh. Musuh utama mereka yang paling kuat adalah Nox.  Yugo dan rakannya perlu menewaskan Nox dan menyelamatkan dunia. – kredit Media Hiburan

Jangan lupa untuk menyaksikan sebuah kisah pengembaraan penuh epik ini di televisyen anda. Disiarkan bermula pada 22 November, setiap Sabtu hanya di ntv7. Selamat menonton.

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments