ST12 Lancar Album Baru Terjemahan Hati

album baru st12-terjemahan hati

Mengekalkan irama Pop Rock Melayu, Kumpulan ST12 kini melancarkan album baru bertajuk Terjemahan Hati yang memuatkan 11 buah lagu dan diterbitkan oleh Pepep, ketua band.

Turut dimuatkan lagu Salam Terakhir, Allahyarham Sudirman yang dirakam semula. Lagu Salam terakhir merupakan lagu istimewa dipilih kerana mempunyai nilai kecintaan dan semangat. Lagu ini merupakan gubahan Manan Ngah dan ditulis oleh Habsah Hassan.

Lagu ini juga ditujukan kepada ahli keluarga mangsa pesawat MH370 dan MH17. Salam takziah dari kami warga Indonesia yang cintakan keamanan. Ujar Pepep.

Album ini diterbitkan oleh CV Stasiun Managemen yang merupakan milik ST12 dan diedarkan di Brunei, Indonesia dan Singapura oleh Rumpun Records dan Univesal Music. – kredit Budiey.com

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments