Strawberi Karipap Sesat Kat Paris

Atas permintaan ramai, kesinambungan cerita Strawberi & Karipap diterbitkan dalam projek supertelefilem dengan judul ‘Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris’.

Masih mengekalkan Mia, Rykarl, Zizan dan Nelydia, supertelefilem terbitan Temenggong Pictures Sdn Bhd itu kali ini lebih istimewa kerana berlatar belakangkan kota romantik Paris.

Supertelefilem bergenre komedi arahan Prem Anand Pillai ini dimantapkan lagi dengan gandingan aktres popular Lisa Surihani dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad buat julung kalinya.

Nabil Ahmad Lisa Surihani Strawberi Karipap Sesat Kat Paris

Cerita ini memaparkan pengembaraan dan kegigihan dua kanak-kanak iaitu Nini (Mia Sara) dan Haikal (Rykarl) ke kota Paris untuk menyatukan cinta Aunty Lisa (Nelydia Senrose) dan Pak Su Hairi (Zizan Nin) yang semakin renggang.

Misi mencari makcik Lisa di Paris menjadi huru-hara apabila Nini dan Haikal sesat di kota besar itu.

Nini dan Haikal memulakan pengembaraan yang hebat mencari makcik Lisa mereka yang mendapat tawaran kerja sebagai jurugambar profesional di Paris.

Pelbagai peristiwa lucu berlaku apabila dalam perjalanan itu mereka secara kebetulan telah bertemu dengan pasangan suami isteri iaitu Sofea (Lisa Surihani) dan Faris (Nabil Ahmad) yang sedang berbulan madu.

Pengembaraan mereka menjadi huru-hara apabila secara tidak sengaja telah merosakkan percutian Sofea dan Faris yang baru berkahwin.

Supertelefilem komedi Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris bakal bersiaran di saluran Astro First Eksklusif (Saluran 480) bermula 20 November ini.

Pelanggan Astro hanya perlu membayar caj sebanyak RM15 untuk tempahan dan mempunyai pilihan masa dalam tempoh 48 jam dari masa pembelian.

Sumber : Astro Gempak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments